Friday, August 12, 2011

Baby's preparation

Assalamualaikum...Alhamdullillah hari dah masuk hari ke-12 berpuasa, Insyaallah kalau tak da halangan aku ingin nak puasa penuh this year. Sekarang dah masuk minggu ke 33. Perasaan dah bercampur baur. Mana dengan nak beraya, berpantang dan berderbar2 either my husband finally will be back to Perlis or not. Hari ni rasa macam nak share some of my preparation untuk baby ni, well first time mmg agak blurr laa


Ini adalah biskut kegemaran semasa mengandung, thanks to K. Shareen
sebab sudi hantar...Prep's for baby supaya dia biasa dengan
biskut like mummy... :p


Bantal yang ku beli khas untuk my hubby,
so as senang nak pegang baby nanti


A picnic basket full with baby shirts and accessories
baru sedar yang baju dalam ni besar, bukan new born
or 1-3 months size. Sebabnya nak bagi pakai lama


Mummy's theraphy kononnya...padahal nervous sebab nak ambik test


cabinet for baby...sebanarnya ibu dia yang berkenan
beli untuk baby tapi kalau one day baby besar n reject
jadi ibu punya laaa


Last, 4D scan for my baby...Actually this is the best moment
tambahan bila tgk dia senyum macam ayah
Love u both.... :)


I think that's all from now...kalau ada yang nak kongsi mengenai diet berpantang u are most welcome. sebabnya sampai sekarang belum study lagi pasal pantang-pantang ni...

Till then...Assalamualaikum

Tuesday, August 9, 2011

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan 1432 Hijrah

Assalamualaikum, hari ini terpanggil untuk menulis berkenaan pengalaman Ramadhanku pada tahun ini. Alhamdulillah setelah 10 tahun tidak berkesempatan untuk menyambut puasa bersama keluarga di Perlis, tahun ini Allah memurahkan rezeki untuk ku menyambut puasa dengan keluarga dan anak yang sedang dikandung. Tapi apakan daya, suamiku masih jauh di perantauan dan  ku sangat rindukan masa-masa berpuasa dengan dia.

Hari pertama puasa semuanya Alhamdulillah sebab mampu menjalankan segala tugasan. Untuk hari ni (hari ke 2) permulaan agak kurang memberangsangkan. Baby start kicking as early as 6.30 a.m. Tapi sekarang, 10.00 a.m. cuma gerakan yang agak perlahan....Maybe baby pun nak puasa bergerak jugak. Selera tidak bertambah dan so far tiada keinginan nak makan nasi. Actually not a good condition, sebab hanya berbuka dengan biskut dan air, tapi ku gagahkan juga makan nasi late night semalam.

Yang kedua, terdapat segelintir orang yang mempersoalkan berkenaan rezeki ku yang kemungkinan tidak berkat kerana bertadarus semasa waktu pejabat. Aku faham dan aku akan sentiasa cuba mengganti semua masa yang terbuang semasa ku bertadarus. Tapi yang menjadi masalahnya, tadarus dikira membuang masa sedangkan keluar semasa pejabat untuk menyiapkan makan untuk keluarga dikira sebagai tidak membuang masa. Aku faham tuntutan suri rumah pada masa kini dan aku tak pernah nak menghalang semua tu, cuma yang aku minta fahamkan jugak apa yang dicemuh kepadaku.

Ramadhan 1432 hijrah, semoga Allah sentiasa merahmati seluruh umat Islam dan mengurniakan ketenangan dihatiku. Ku juga ingin memohon maaf atas segala salah dan silap yang ku lakukan terhadap pembaca blog ini.