Assalamualaikum, hari ini terpanggil untuk menulis berkenaan pengalaman Ramadhanku pada tahun ini. Alhamdulillah setelah 10 tahun tidak berkesempatan untuk menyambut puasa bersama keluarga di Perlis, tahun ini Allah memurahkan rezeki untuk ku menyambut puasa dengan keluarga dan anak yang sedang dikandung. Tapi apakan daya, suamiku masih jauh di perantauan dan ku sangat rindukan masa-masa berpuasa dengan dia.
Hari pertama puasa semuanya Alhamdulillah sebab mampu menjalankan segala tugasan. Untuk hari ni (hari ke 2) permulaan agak kurang memberangsangkan. Baby start kicking as early as 6.30 a.m. Tapi sekarang, 10.00 a.m. cuma gerakan yang agak perlahan....Maybe baby pun nak puasa bergerak jugak. Selera tidak bertambah dan so far tiada keinginan nak makan nasi. Actually not a good condition, sebab hanya berbuka dengan biskut dan air, tapi ku gagahkan juga makan nasi late night semalam.
Yang kedua, terdapat segelintir orang yang mempersoalkan berkenaan rezeki ku yang kemungkinan tidak berkat kerana bertadarus semasa waktu pejabat. Aku faham dan aku akan sentiasa cuba mengganti semua masa yang terbuang semasa ku bertadarus. Tapi yang menjadi masalahnya, tadarus dikira membuang masa sedangkan keluar semasa pejabat untuk menyiapkan makan untuk keluarga dikira sebagai tidak membuang masa. Aku faham tuntutan suri rumah pada masa kini dan aku tak pernah nak menghalang semua tu, cuma yang aku minta fahamkan jugak apa yang dicemuh kepadaku.
Ramadhan 1432 hijrah, semoga Allah sentiasa merahmati seluruh umat Islam dan mengurniakan ketenangan dihatiku. Ku juga ingin memohon maaf atas segala salah dan silap yang ku lakukan terhadap pembaca blog ini.
No comments:
Post a Comment