Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan tiba lagi

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-4 puasa....Ramadhan kali ini bermakna memandangkan disambut dengan si kecik Laila yang dah 10 bulan. Dalam post kali ni nak share sikit berkenaan Ramadhan... nanti Asmak share pulak pasal berpuasa dengan Laila macam mana ya....*cross fingers*



Rasulullah S.A.W.  pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak."


Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.



Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.  
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepada‐Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan
keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.


Jadi marilah kita bersama-sama puasa dan memastikan puasa kita adalah puasa orang yang beriman dan bukan hanya menahan lapar dan dahaga.


Assalamualaikum



Friday, May 18, 2012

FRIDAY...time to take a break

Assalamualaikum, Salam jumaat penghulu segala hari....


Hari ni saya berazam untuk balik tepat pukul 5 dan pick up si tecik....


Wednesday, May 16, 2012

Convocation...Class of 2009

Alhamdulillah pada 12 Mei 2012, akhirnya saya telah berjaya menamatkan pelajaran dalam Sarjana Sains Pengurusan Maklumat.Terima kasih kepada semua yang telah membantu saya....


With en suami yang sentiasa membantu....thanks tolong key in data dalam SPSS ya


My classmate, groupmate


The result

Tuesday, May 8, 2012

Tuesday.....Friday please come earlier

Saya sangat penat dan tak sabar menunggu hari jumaat....so kita layan laa dulu lagu ni
http://www.youtube.com/watch?v=qemWRToNYJY

Friday, April 27, 2012

Laila's first protein....7 month+

Assalamualaikum....
Alhamdulillah akhirnya sempat jugak buat entry ni. Hari sabtu yg indah (yeye jer ayat...) sempat la saya prepare protein untuk laila. I choose to give her porridge with chicken since she needs more protein sbb dia dh semakin active. These are some pictures on that day


Aktiviti merebus ayam dan sayur untuk bos kecik



Bubur yang dah dicampur ayam dan caroot...Yummy



Rupa setelah diblend untuk Laila



Tadaa....saya yang makan dengan banyaknya hari tu

Thursday, April 19, 2012

Laila is 7 month now....Alhamdulillah

Alhamdulillah....Laila is entering 7 month now. Sangat comel dan lincah cuma berat Laila statik and the adding to the number is only around 100 - 300 gram. Aduhai...ibu tak cukup bagi makan ke sayang. Nurse dah suruh add a kilogram to her weight in her next monthly check up. So may be dalam next week ibu akan tambah protein to her food. Sekarang dia makan plain porridge and fruit/vege puree jer.... Well sebenarnya Laila ni sangat aktif dan tak berapa nak tidur, it might be the reason why she never put on weight....

Nanti saya kongsi how do I add protein to her meals....*cross finger*

Meanwhile, this is Laila in her 7 month




Tuesday, April 3, 2012

2 April 2012....

2nd of April memang sentiasa ditunggu....well of course because of my birthday. Tapi tanpa saya sedari sebenarnya 2 April is Autisme awareness day. Saya sebenarnya tidak mempunyai maklumat mengenai Autisme sehinggalah one day saya berjumpa dengan one of the sisters, Kak Put. Kak Put mempunyai seorang anak yang mempunyai keistimewaan iaitu Autisme. Keistimewaan ini adalah kerana Autisme bukanlah satu penyakit tetapi hanya gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkah laku terhad dan berulang-ulang (Source:http://www.autis.info/index.php/tentang-autisme/apa-itu-autisme ) Keistimewaan ini menjadikan Kak Put ibu yang paling istimewa dan tabah.

Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia kali ni...Kak Put create event for us as to show our support. This is the event yang saya join




This is me joining the event


Kalau nak tahu lebih mengenai autisme, just click this blog dan bacalah di bawah level autism http://puteri-nuur.blogspot.com/

Assalamualaikum....

p/s: kak put this entry is for you, lama dah janji nak buat but this time baru sempat....I love you and Lope and Phia always

Friday, March 30, 2012

PINDAH RUMAH!!!!!!! Yeay

Alhamdulillah akhirnya my encik suami telah berpindah tempat kerja. Yang tak bestnya bila nak pindah nak mengemas. Serius tak best....huhuhuhu. Bila dah start mengemas, Laila pun nak mengemas....it is either dia nak menyibuk or dia tak nak duduk. Lats-last upah indon seorang RM50....With blink of an eye semua siap hahahaha...

Lepas tu angkut barang....I shall thanks to my hubby's friends yang banyak menolong diantaranya Akmal (My new tenant), Rodzi, En PGA, Black, Yat, En Mad Noor, En Salleh dan semuanya.... Alhamdulillah penuh 2 lori 3 tan. Banyak rupanya barang kat rumahtu

Esoknya start perjalanan balik and angkut barang semula di UPP. Mula-mula ada Harman dengan Dik An ja, but then when the troop comes terus jadi sekejap. Well my special thanks to all of them and our family too... Till now operasi mengemas belum habis sepenuhnya. Penat and worse thing my washing machine rosak....huhuhuhu

ok till then...Bye and Assalamualaikum

 Kami yang penat......

Tuesday, March 13, 2012

Happy Anniversary to us!

7/2/2012 maka genaplah tiga tahun kami bersama. Gaduh, gelak dan nangis tu rasanya dah banyak laa. Alhamdulillah tahun ni kami dapat meraikan anniversary bertiga. Bersama anak comel ibu...Siti Nur Laila. Kali ni kami ambik keputusan nak bercuti di Penang. Tak da laa cuti sangat pun just weekend gateway. Cari punya cari last2 check in to Eastin Hotel Penang. Service dia waktu datang ok cuma waktu balik memamng KO sebab saya dengan dukung my little Laila langsung tak diberikan perhatian. That's it...last laa pegi situ. Some of our activity...



Laila tgh best sebab dapat katil besar


View daripada bilik 


Laila and ibu


Laila and ayah...Tak best duduk dengan ayah ;p


3 of us


First time in baby play pen


Bye Penang...Laila dah nak balik

Monday, February 6, 2012

Our 3rd Anniversary

Alhamdulillah...we have been together for almost three years and this year we are bless with Laila...

Ya Allah harmonikan rumah tangga kami,Kau panjangkanlah jodoh kami dan bimbinglah kami ke jalan Mu ya Allah

Wednesday, January 11, 2012

My Little Laila

Assalamualaikum

My Little Laila is entering for month...ragam dia laa yang mengubat hati luka dan penat bekerja

Some of her action
.
.
.
.

Muka bangun pagi sebelum pegi TASKA



Dalam kereta...muka musyuk



Cubaan untuk meniarap



Bila kena ikut Ibu pegi ofis



With her toy...



Anak ibu with tudung pink...


Till then.Bye....(xoxo from Laila to all reader)

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua readers (walaupun tak ramai pun)

Selamat Tahun Baru 2012 (hee...nak ucap jugak walaupun hari ni dah hari yang ke 11). Alhamdulillah, saya dan keluarga  masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di tahun baru Masehi ni....

Bila bercakap pasal tahun baru ni mesti teringin nak buat azam (padahal last2 lupa apa yang diazamkan), so for this time rasa macam nak list kat sini and kita tgk pencapaiannya....
1. Nak jadi Ibu yang baik to Laila
2. Nak cari tempat untuk further study lagi...tu pun kalau ada budget
3. Nak tambah ahli keluarga...hahaha ni en suami mesti gelak kalau baca
4. Macam2 mana pun nak kena capai prestasi kerja yang tinggi......

Herm kena berusaha untuk capai ni...

Till then. Take care