Alhamdulillah, hari ni dah hari ke-4 puasa....Ramadhan kali ini bermakna memandangkan disambut dengan si kecik Laila yang dah 10 bulan. Dalam post kali ni nak share sikit berkenaan Ramadhan... nanti Asmak share pulak pasal berpuasa dengan Laila macam mana ya....*cross fingers*
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak."
Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepada‐Nya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan
keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.
Jadi marilah kita bersama-sama puasa dan memastikan puasa kita adalah puasa orang yang beriman dan bukan hanya menahan lapar dan dahaga.
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment